Aku memulakan luahan hatiku ini bukannya kerana cemburu. Hanyalah sekadar meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati supaya tidak melarat menjadi nanah yang busuk. Memang pun manusia biasa macam aku ini selalunya tidak puas hati dengan apa yang aku dapat dan apa yang aku lihat. Ni gaya....aku dah geram bah. Selalu sangat aku melihat politik kotor di depan mata aku ni. Hari-hari rasanya. Aku pun tak tahulah kenapa benda ini berulangkali terjadi. Adakah secara tidak sengaja, atau dalam kata pendek tak terpikir. Atau memang disengajakan dan dilakukan dengan cara yang cukup halus. Halus...gitu! Kononnya untuk menjaga hati lah konon. Tapi......jaga kepala hotak depa. Asal mereka ada kita kelam kabut. Asal kelam kabut mereka ada. Yang dapat kebaikkannya orang yang tu...tu ...jugak. Asal carik orang, mereka tu...tu...jugak. Apa! penting sangat kah mereka hinggakan terkubur peluang bagi yang lain. Bukannya gila kuasa atau penyibuk, cuma aku nak laungkan disini bagi pihak kawan-kawan aku yang asyik-asyik ketinggalan di belakang. Berpuluh tahun memerah keringat, lansung tak dipandang.Jangan kata sebelah mata, buta mata lalu. Awatnya! pasai apa! Tak ada rupa....tak lawa.... tak menarik....tak biasa protokol....Cihh! alasan taik ayam. Pilih bulu lah tu. Sebab tu lah ada istilah mereka dan keluarga mereka jer....jangan jeles....nama kita tok boos nak. Baru tadi aku terdengar ayat-ayat sinis itu.
Kalaulah aku dapat putarkan keadaan kan ke bagus. Mesti baik punya putar. Taklah mereka-mereka saja yang asyik dapat apa yang diidamkan. Kepala keretapi yang tak pandai nak pilih laluan.Bila dah bawa haluan sendiri je....gerabak-gerabak di belakang tercicir lah jadinya. Kalau ditanya, dia tak ada kuasa. tapi sebenarnya dia yang paling berkuasa. ( Macam pernah aku dengar kata-kata hikmat ini. Dari kawan aku jugak. Masa dia tengah hot tak dapat tut....) Tapi ada betul nya jugak. Sama jugaklah dengan apa yang aku lihat. Kalau asyik bagi tugas dengan anak-anak emas, anak-anak gangsa nak buat apa? Last-last keciciran lah. Bila dah tercicir, tanya lah pulak. Kenapa tercicir, makanya dia sendiri yang mencicirkan anak-anak gangsa itu. Bodoh kan! Manusia kalau kita tak bagi peluang, macamana kita nak tahu keupayaan dia. Jangan-jangan yang keciciran itulah yang lebih terer. Cuma ketererannya tak nampak sebab asyik dilindungi oleh bayang-bayang anak-anak emas tadi. Aku beranilah cakap sebab aku dah selalu lihat yang anak-anak emas ini rupa-rupanya tak tahu apa-apa. Glamour je lebih.Cakap mengalahkan cendikiawan. tapi... pasal kerja, huh!!!!boleh dibuang dalam tong sampah. Tak ada kualiti lansung. Orang kerja kul lapan, datang kul sembilan. Dah tu kul sebelas keluar jalan-jalan cari makan.Datang tak datang ada dia peduli. Dapat jugak dia kasih sayang dari 'ibu diamond' dia. Mana tak dapat, pandai angkat bakul. Syok kan duduk di bawah naungan Payung Mahkota. Redup...nyaman...sejuk...selesa....mana nak dapat! Kabel beb....Kabel mahu kuat. Bila dah kuat tu, pandai-pandailah panjat. Yang si anak gangsa tu jangan kata kabel, tali biasa pun tak ada. duduk je lah dekat bawah tu. Untung sabut timbul, untung batu tengelam lah. Minum je air tu. mana tak lemas. Huh....lapang rasa dada aku bila dah keluarkan semuanya. nasihat aku buat anak-anak gangsa......pikir pikirlah sendiri. Betul tak apa yang aku katakan ini. Lepas tu....pandai-pandailah bertindak sebelum karam ke dasar lautan.
me like 10000XXXXX time!!!!
ReplyDelete