Entah bagaimana nak ku mulakan cerita...segalanya berlaku tanpa aku sedari dan tanpa diundang. Mungkin juga sudah ketetapan tuhan bagi aku. Insan yang sememangnya tak pernah aku terpikir pun untuk menjadi sebahagian daripada hidupku rupa- rupanya adalah dia yang hanya sekali sekala bertemu. kehadirannya bagaikan angin yang berlalu di depan mata.Hmm.....dalam kekalutan dan debaran hati menuju ke hospital tiba-tiba aku terasa teramat takut untuk kehilangan dia. Aku berdoa di dalam hati agar tuhan kembalikan dia kepada aku dan juga kaum keluarganya kerana kami masih memerlukan. Apa yang dapat aku lakukan setelah menerima berita kemalangannya, hanyalah menangis di dalam hati. Aku merasa malu untuk menunjukkan reaksi ku yang sebenar kerana bimbang kalau-kalau ada yang bertanya. Masih ku ingat lagi kata-kata saudaraku ketika menyampaikan berita itu, walhal sudah tiga hari kemalangan itu berlaku dan aku sendiri pun turut mendengar apa yang diceritakan tapi sesungguhnya aku tidak tahu itu adalah dia. Yang aku dengar, ada orang dilanggar lori dan koma 3 hari. Mujurlah hari itu aku memberanikan diri untuk bertanya. Dan....rupa-rupa nya dia...
Tidak dapat ku gambarkan betapa luluhnya jantung aku tatkala sampai di hospital. Termos berisi bubur yang ku bawa hampir-hapit terlepas dari genggaman. Untuk apa bubur itu? Bagaimanakan orang yang terbaring kaku, bernafas dengan bantuan peralatan di hospital ingin menjamahnya. Ku lihat sanak saudara berdiri mengelilingi katil dengan wajah yang suram. Lansung tiada senyuman di bibir mereka. Mata aku tertumpu pada si ibu yang duduk di sebelah anak nya.....bagaimana nak aku gambarkan riak mukanya ketika itu. yang aku pasti...hati seorang ibu manakah yang tahan melihat penderitaan anaknya. Aku memandang wajahnya bersama tangisan di hati. "Tuhan...kau kembalikan dia...aku berjanji selepas ini aku tidak akan mensia-siakan hidupku dan hidupnya lagi. Berikan aku peluang sekali lagi untuk menebus segala kealpaan aku terhadapnya selama ini.Aku janji ya tuhan ku..." Ingin sekali aku memeluk tubuh kaku di atas katil di depan ku. Pada saat itu baru aku sedar rupa-rupanya selama ini ada sayang di hati ku untuk nya cuma mungkin masanya belum tiba, atau aku terlalu alpa. Patut lah ketika sekali sekala bertemu, aku terasa amat malu padanya. Dan masih aku ingat kata-katanya padaku. " kalau kau jadi isteri ku, aku akan pastikan kau akan makan ikan hari-hari." aku cuma tertawa pada saat itu sebab bagi aku itu hanya gurauan dan cerita dongeng yang lucu. Pernah juga dia meminta kebenaranku untuk membawa aku ke rumahnya pada musim perayaan beberapa tahun yang lepas tapi aku menolak. Aku bukannya jenis yang berani untuk menerima perlawaan mana-mana orang lebih-lebih lagi insan yang bergelar lelaki. Mungkin dari situ lah permulaannya aku sendiri pun tak tahu....
Dua bulan berlalu bagaikan terlalu lama. Pada masa itu aku tengah bercuti sempena perayaan. Itulah saja peluang untuk aku mengunjungi sanak saudara yang lama tidak kutemu dek kerana sibuk dengan tugas-tugas harian. Aku menolak keluar motosikal cabuk ayah dan terus menuju ke rumah makcik ku yang tidak jauh dari situ. Setibanya di rumah makcik, dia menyambut aku dengan senyuman yang lain dari kebiasaannya. " Masuklah! ada janji rupanya. Patutlah ada orang tunggu." Hah! janji? Ada orang tunggu? Aku tak faham....Setahu aku tak pernahlah pulak aku berjanji dengan siapa-siapa. Aku melangkah masuk dengan seribu pertanyaan. Ku lihat uncle memuncungkan mulutnya ke arah barisan sofa seolah -olah memberi isyarat kepada aku. Lagilah aku tak faham. Apahal dia orang ni...Aku melangkah beberapa tapak dan..ya tuhan...aku macam tak percaya dengan pandangan aku sendiri. Aku melihat dia sedang berbaring sambil menonton TV tanpa menyedari kehadiran aku.Tak dapat untuk aku luahkan apa-apa sedangkan di dalam hati, tuhan saja yang tahu. Terkejut, gembira, malu dan banyak lagi lah. Aku duduk di atas sofa yang betul-betul berdekatan dengan tempatnya berbaring. Pada satu ketika tatkala memusingkan kepala, dia meyedari akan kehadiranku dan dengan serta merta bingkas bangun dengan kepayahan kerana belum pulih sepenuhnya. " Bila sampai? " " Baru.." Diam. Dia senyum. " Nasib baik kan." " Nasib baik apa?"
" Yelah...nasib baik dapat jumpa lagi. kalau tidak....bye,bye lah." Aku terdiam. macamnama nak jawap soalan cepumas macam tu. Aku mendengar makcik memanggil dari arah dapur. Aku bangun dan berlalu. Dia mengekori dari belakang. " Makan lah. Ini saja yang sempat makcik masak. tak ada assistant." " Banyak dah ni. Tak larat lah nak makan semuanya nanti." Aku menjawap. " Makan lah.." " Awak tak makan. makan lah. Tapi orang sakit kena jaga makan. Jangan makan sebarangan." " Sayang juga awak dekat saya kan." Aku merasakan muka aku merah tatkala mendengar perkataan sayang itu. " Macamana sekarang." " Macam tu lah...masih sakit sana sini. tapi kalau duduk terperap di rumah bosan juga. Itulah bawa jalan-jalan tadi."
" kena jugak bersenam sikit-sikit.Kalau baring saja tak bagus." Dalam rancak berbual, tidak aku sedari hanya tinggal kami berdua di dapur. " Macam mana? " " Hmm! macam mana apa?" Aku bertanya. Dia senyum." Boyfriend mana? Tak kan tak ada boyfriend umur dah 20an ni." " Malas lah. Tak ada masa nak layan anak orang. " " Tak ada masa atau memilih?" " Awak rasa macamana." Aku menjeling. " Aku, aku...rasa oren." ha..ha..ha.. Hai! buat lawak pulak dah.Baru nak berangan-angan merasa suasana romantik, spoil the mood pulak!!!!!
Talifon bimbit ku berdering. Aku mengerutkan dahi tatkala melihat nombor yang tertera pada skrin. Nak jawap ke tak nak? Tak kenal pun nombor tu. Aku membiarkan saja. Berdering lagi...jawap sajalah. " Hallo.." " Halo Na, amboi! sombong ye. Orang call lansung tak nak angkat. " " Ya...siapa ni. " " Ni Lesly lah. dah lupa ke..." " Oh! hai..kenapa tiba-tiba call ni. ada bussines?" " Bussines besar punyer...You free tak hujung minggu ni?" " Free. Kenapa?" " Tak...ingatkan nak ajak jalan-jalan." " Berapa orang? " " Kita empat lah. Bert pun join. " " Ok...yang sorang lagi? " " yang sorang tu kawan baik I. Nanti lah I kenal kan. " " Hah! hah! jangan pandai-pandai nak jadi matchmaker pulak." ' Tak adalah... Macamana? ok tak. " " Ok lah...ambik i kat rumah." " Ok. bye.." Hmm...dah lama tak jalan-jalan apa salah nya. Manalah tahu dapat jugak aku 'steady boyfriend 'seorang. Kuang..kuang..kuang...
Hari yang dijanjikan pun tiba. Aku menunggu dengan sabar. Lesly tiba dengan kereta jeep kesayangannya. ' Hai...masuklah, dah lambat ni." Aku terlopong melihat kelibat orang di dalam jeep tersebut. Dia...Aku terpaksa kontrol ayu duduk bersebelahannya. " Kenapa! terkejut' Leslie mengenyitkan mata. " Bukan apa....saja nak tolong member pulihkan badan. Terapi katakan. Mana tau, bawa jalan-jalan macam ni cepat lah sembuh." Terapi mak nenek dia. Macam lah aku tak biasa dengan rancangan jahat dia tu. tak habis-habis nak couplekan aku dengan kawan-kawan dia. Anyway, tak pe lah...Suka jugak aku sebenarnya. Hi..hi..hi...Aku membisu sepanjang perjalanan. Sesekali aku menjauhkan diri bila badan kami bersentuhan. Bukan apa...ada elektrik statik lah! Tak kuasa aku nak menahannya bila dah terover nanti.Jalan punya jalan, sampailah kitaorang dekat kawasan perkelahan. Wuish! dalam jugak air nyer. Aku menolong Bert menbentangkan tikar untuk kami duduk. Yang si jejaka pula memunggah barang makan keluar. Aku menarik nafas dalam-dalam. Tenang rasanya melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan."Jomlah mandi" Leslie menarik tangan ku. " Pergilah. I sejuk. nanti-nanti lah."" Ei..jomlah. ada-ada saja alasan minah ni!" " Pergilah dulu." aku menjegilkan mata. " Ok lah...memandangkan u tak mandi, pandai-pandailah jaga kawan aku tu k..." " Tak payah lah nak jaga-jaga aku ni, bukan nya aku budak kecik." " manalah tahu, takut tergelincir ke..apa ke..kan Bert?" Aku mencari-cari batu yang agak rata untuk duduk sambil memerhatikan Leslie dan Bert mandi. Mandi sambil dating... Kata orang tua sambil menyelam minum air. " Kenapa tak mandi sama?""Malaslah..duduk kat sini temankan awak cukup lah." " Teman jer..." senyum. " Habis tu?" Dia menguis-nguis pasir dengan ranting kayu. " Soalan hari tu belum berjawap lagi." Aku mengerutkah dahi sebab tak faham. " Soalan yang mana?" " tentang boyfriend." ' kan cakap dah hari tu.' " Tak yang ni serius." Dia memandang aku . Memang serius pun." Buat apa nak tanya?"" Nak tahu. "" Untuk apa." Diam. sunyi. Aku terkejut tahap gaban bila tiba-tiba dia menggenggam tangan aku. nak dibiarkan malu, nak ditepis...suka pulak rasanya. hah..hah..gatal jugak aku ni! Kontrol...kontrol...Tak berani aku mengangkat muka." Tak payah nak malu. Kita dah dewasa dan kali ni saya nak tanya betul-betul. Serius.." Awak ada masaalah tak kalau..." kata-katanya tersekat. Dia menghembus nafas. Diam seribu bahasa. Kemudian..." Siapalah saya ni kan? Kerja dah tak ada, tak upaya pulak tu." Tiba-tiba aku merasa teramat sensitif. Aku memalingkan muka ke tempat lain. Aku menangis. Entah kenapa kata-kata tersebut terasa semacam. " Maaflah kalau awak terasa hati. saya tak berniat pun." Dia bangun dan berlalu meninggalkan aku yang masih melayan perasaan diri sendiri. Perbualan kami terhenti bergitu sahaja dan kami tidak banyak berbicara sehinggalah kami balik.Maaflah. Bukannya aku marah tapi, aku tak tahu macamana nak jawap sedangkan hati aku memang dah sayang. Tapi dalam situasi yang serius seperti ini, aku jadi buntu. Tiba-tiba banyak benda yang aku fikirkan. Selepas hari itu, kami hanya bertanya khabar melalui telefon. Pernah juga sesakili dia mmenyatakan perasaan rindu dendamnya tapi aku buat-buat tak dengar. bukan aku tak kisah tapi aku perlu masa untuk semua ini. Tak tahulah apa yang aku fikirkan tapi......susah untuk dinyatakan.
Hari ini masuk hari yang ketiga aku menghadiri kursus bersama tiga orang rakan sekerja.di Kuala Lumpur. Selama tiga hari rasanya sudah berpuluh kali aku menjawap panggilan telefon darinya. Ada masanya aku sendiri yang membuat panggilan. Aku seakan merasa rindu yang teramat bila tidak mendengar suaranya. Hinggakan menjadi bahan ketawa temanku. Mana tidaknya, sampaikan kan di dalam tandas pun sempat berbual di dalam telefon. Tengah melepas pulak tu. Sorry bukannya pengotor tapi..this is the real storry ok! Malahan dia sendiri mengakui telah menggunakan RM 150.00 untuk reload kad hanya untuk berbual dengan aku. Hanya dalam masa tiga hari.Dan pada hari yang keempat, rinduku sudah tidak tertanggung lagi. Dada aku rasa seakan meletup dengan apa yang aku pendam. last-last..." Ada sesuatu untuk aku katakan. Dengar baik-baik ok. " " Hmm..cakaplah." Dia menjawap." Ok..pasang telinga betul betul."" Pasang lah ni." " Mmmm...sebenarnya...saya sayangkan awak. " Tut..tut..aku meletakkan telefon. Malu. Muka aku terasa panas. Ring..ring, ring...ring...Telefon aku berbunyi. Namanya terpapar di skrin. hati aku berdebar-debar. Aku beranikan diri menjawap panggilan. " Hai..kenapa letak." Aku diam. Malu hoi!!!! jantung aku dug..dug..dug. " Saya salah dengar kah?" Bertanya lagi. " Tak." " Maksudnya..." "Tanya diri sendiri" " Ok, dah lama saya rasakan, tapi tunggu orang beri green light. Ok sayang..I Love you." Tut..tut..giliran dia pulak meletakkan telefon. Aku terasa tiba-tiba macam orang demam. Aku memegang dahi. Oh my God....apa yang aku dah buat ni!!!! Mummy.....I'am in love. Malam itu aku tidur nyeyak dengan ditemani oleh mimpi-mimpi nan indah. Balik dari kursus dia menantiku di Lapangan Terbang ditemani oleh Leslie. Tak kisah lah orang nak cakap apa. Dunia milik aku. tanpa segan silu aku membiarkan dia memelukku. Aku tahu dia rindu. aku pun rindu jugak lah.....tahap dewa lagi tu! Dan aku akan mengotakan janjiku untuk tidak akan mensia-siakannya setelah tuhan memberi kami peluang kali kedua. Hubungan kami semakin mesra dari hari ke hari.
Sudah menjadi kebiasaan, setiap yang diimpikan tidak akan dapat diperolehi dengan mudah.. Setiap insan yang hidup di muka bumi ini pasti akan menerima dugaan yang perlbagai. Dan aku tidak terkecuali. "Dah..dah...jangan nangis. Bapak bukan nya apa, ada betul juga apa yang dia cakap. Untuk kebaikkan kamu juga." " Tapi mak,Na sayang sangat dekat dia. Na tak dapat nak hidup tanpa dia." " sayang tidak semestinya menjamin kehidupan di masa akan datang. Na kena fikir betul-betul, apa kebaikan dan keburukkan nya. Sanggup tak nak berdepan dengan kata-kata orang nanti. Kalau orang cakap yang bukan-bukan sanggup tak terima. itu terpulang dengan Na. Bapak bagi nasihat saja. Macamana pun kalau dah jodoh, jadi lah juga. Buat apa nak nangis-nangis macam ni." Aku terus menangis. Aku tak dapat nak terima bila bapak tidak berapa setuju dengan pilihan hati aku.Alasannya kami tidak sesuai. Memang sejak dahulu lagi aku tahu sangat taste ayahku yang kekadang terlalu besar buatku. Tapi itu hak dia sebagai ayah. Bila ku fikir-fikir, ada juga betulnya tapi bagi aku, Hidup tidak akan sesusah mana selagi kita berusaha dan percaya kepada tuhan kerana dia yang memberi rezeki.Dan aku yakin, inilah jodoh yang telah ditetapkannya untuk aku. Serasa seolah-olah dunia akan kiamat bagiku di saat ayah menyatakan tidak berapa setuju dengan pilihanku. Tapi itu cerita lama. Buang ke tepi yang sedih-sedih tu. Yang manis-manis jangan dibuang, telan! Akhirnya hubungan kami telah direstui kedua belah pihak.
Akhirnya kami telah selamat disatukan di hadapan Rev. Fr Paul Harry di sebuah Gereja di daerah kami sendiri dengan dihadiri oleh orang tuaku dan juga beberapa orang saudara terdekat. Dari situlah juga anak ku yang sulung aku namakan Paul Baxter. Untuk mengingati Rev Fr Paul Harry. Dan selepas itu aku telah hamil. Rezeki.... Aku ingat lagi masa mula-mula aku membuat pemeriksaan kehamilan. Suamiku begitu gembira bila aku disahkan hamil. Lebih mengembirakan lagi bila kandungan ku masuk bulan yang ke tujuh. Sewaktu membuat ujian ultra Sound di klinik, aku memohon kepada doktor untuk melihat jantina anak sulung kami. "Kalau mengikut pengalaman kalau image seperti ini, nampaknya laki-laki lah." Doktor menyatakankan pendapat nya.Happy sakan lah suami aku masa itu. Dan sepanjang proses kehamilan, aku dilayan bagaikan puteri. Nasib baiklah juga aku tidak mengalami apa-apa masaalah. Mungkin umur dah cukup matang barangkali, ataupun... aku memiliki hormon yang baik punyer...Syukurlah, bukan semua orang ada pengalaman sebegitu.
Hari Jumaat jam dua pagi aku, aku terasa seperti hendak membuang air kecil. Bangunlah aku pelan-pelan. Tapi tak dapat nak tahan lagi. Aku ter...dekat kain sarung. Terpaksalah aku bersihkan diri. Lepas tu sambung tidur. Jam lima pagi, macam biasa aku bangun untuk mandi sebelum turun kerja. Beberapa langkah menuju ke tandas aku terkencing lagi. Tak boleh jadi nik!. Aku meluru ke bilik air. Kain sarung ku buka kemudian aku terpandang sesuatu yang pelik dekat seluar kecik aku, ada darah lah. aku terus memanggil suami ku yang turut bangun awal pagi itu. Dia masuk ke bilik mandi. " Apahal? " " Barangkali dah nak beranak lah." kataku sambil menunjukkan seluar ku kepadanya.Aku pun agak-agak saja lah melalui cerita yang aku dengar dari orang-orang tua. Dia kelihatan panik. Dia ku suruh keluar, sementara aku membersihkan diri. Dalam aku mandi tu baru lah aku tahu yang keluar sejak jam dua pagi tu bukan nya air kecil, tapi air ketumban.Kemudian aku menggerakkan adik ku yang bongsu untuk membawaku ke rumah makcik sebab aku memerlukan dia untuk menemani kami ke hospital. Manalah tahu...lagipun kami orang gelar dia doktor udara, sebab dia pandai jugaklah menyambut kelahiran.Jam enam pagi, kami bertolak ke hospital. Sepanjang perjalan ke hospital, suamiku menggenggam tangan ku erat-erat. Perkataan yang keluar dari mulutnya adalah, " Yes! aku akan jadi bapak. Berulang kali. Lepas tu, asyik bertanya paduku samaada sakit. Pinggangku dah mula sakit-sakit. Selepas itu aku merasa semacam. Sampai di hospital aku terus masuk ke wad bersalin. Kebetulan pada masa itu, auntie suamiku yang bertugas. Dia membuat pemeriksaan dan mengatakan bukaan sudah 9cm. Aku terus di bawa masuk ke bilik bersalin. Semasa ditolak ke bilik bersalin aku sempat melihat suamiku yang mundar mandir keresahan. Aku tahu dia tengah panik. Makcik aku kelihatan tenang sahaja. Samalah jugak dengan adik bongsu aku. dia bukannya jenis yang pandai panik. Rileks memanjang. Dalam bilik itu aku kesejukkan.Maklumlah pengalaman pertama bersalin, tapi aku taklah rasa panik sangat. Mungkin sudah bersedia untuk bergelar ibu kot. Teran punya teran, jam enam empat puluh pagi, pushh...anak ku keluar. Huh...lega. Hilanglah segala kesakitan dan ketakselesaan sebentar tadi. Selamatlah aku melahirkan anak pertama kami yang beratnya 3.2kg. Aku rasa amat bahagia bila menatap wajah anak ku. Rupanya inilah rasanya menjadi seorang ibu. Tapi tiada yang lebih bahagia daripada melihat suamiku menitiskan airmata tatkala menatap wajah anak sulungnya. Aku tahu aku telah berjaya menjadikan suamiku seorang suami yang sempurna dengan kelahiran anak kami. Dan aku...tiada apa yang dapat aku berikan sebagai hadiah kepada suamiku selain daripada melahirkan zuriat buatnya.
Dua tahun kemudian, aku telah selamat melahirkan anak perempuan lima hari sebelum hari Easter . Anak manja ini aku lahirkan dengan cara induce sebab telah terlebih hari. Pengalaman yang kedua ini agak menyakitkan. Selama ini aku selalu dengar orang bercerita mengenai proses kelahiran menggunakan ubat memang agak sakit daripada kelahiran biasa.Kali ini aku merasa agak panik kerana aku tidak tahu bagaimana prosesnya. Sudahlah di sebelah katil ku ada seorang ibu beranak lima yang baru lepas melahirkan anak secara induce juga. Menurut beliau, tiga daripada anaknya dilahirkan dengan cara ini. Memang agak sakit katanya padaku. Aku dimasukkan ke wad jam tujuh pagi. Jam tujuh setengah, doktor mula memasukkan ubat dan mengingatkan aku agar tidak bergerak selepas ubat dimasukkan. Sejam kemudian, aku mula merasa sakit sedikit. Tapi pinggang aku lebih sakit daripada perut. mana tidaknya, tidak dapat mengiring. Bayangkan, aku terpaksa baring dengan perut yang memboyot. Tidak lama selepas itu aku dibawa masuk ke sebuah bilik untuk pemeriksaan menggunakan sebuah mesin untuk memeriksa kadar kontraksi. Nampaknya belum kuat lagi. Aku terus menunggu hinggalah jam 11.00 pagi. Pada masa itu aku tahu aku sudah bersedia untuk beranak sebab, aku sendiri dapat merasakan kontraksi yang berulang. Setelah pemeriksaan terakhir, aku di bawa ke bilik bersalin. Jam sebelas setengah aku selamat melahirkan si Ester anak perempuan kami yang manja. Selepas semua proses selesai aku terus menghubungi suamiku. Aku tidak tahulah berapa laju dia membawa motosikalnya. Aku rasakan sekejap sahaja dia sudah sampai. " Aik! dah sampai. Berapa kilometer sejam?" " kalah Rossi." itu saja jawapannya.Buat kali kedua aku melihat suamiku mengalirkan airmata gembira. Anak montel nya dikucup berulangkali.
Tahun 2009, sewaktu sedang bekerja, aku merasakan satu keanehan. Aku dapat merasakan seolah-olahada sesuatu pecah di dalam rahimku. Aku meminta kebenaran boos ku untuk berehat sebentar." Kenapa" dia bertanya. " Tak ada apa-apa. Saya hendak ke tandas sekejap." Dengan segera dia membenarkan aku naik ke tandas yang bersebelahan dengan biliknya di tingkat atas. Aku mulai naik ke tingkat atas, tapi pada masa itu, aku merasakan ada air panas yang mulai mengalir laju menerusi kaki ku. Tuhan...air ketumban ku dah pecah. Dengan perlahan dan berhati-hati aku naik ke atas. Selepas itu aku tidak berani turun. Aku menunggu beberapa minit di dalam tandas. Kemudian aku keluar sebentar. pada masa itu boos ku sudah berada di depan pintu biliknya. Mungkin dia berasa hairan kerana aku belum turun. Rakan sekerja ku ada bersama. " Kenapa?" Boos bertanya. " " Saya rasa sudah mahu bersalin lah Tuan.." " Oh ya kah! ok..ok kamu masuk duduk di dalam bilik saya. kamu ok kan?" aku dapat rasakan dia sudah mulai panik. Dahlah masih bujang.He..he... Cepat-cepat aku masuk ke biliknya dan menghubungu rakan sekerja di tingkat bawah untuk memberi bantuan yang patut. Selepas itu aku dibawa pulang oleh seorang rakan ku. Selepas mandi, kami bertolak ke hospital dengan diekori oleh suamiku dari belakang.Sampai di hospital, seorang jururawat menegur aku kerana berani berjalan jauh sedangkan air ketumban sudah pecah. ya lah kan...risiko. Tapi aku rasa lebih selesa di hospital yang berdekatan dengan rumah aku. Lagipun, hospital daerah kecil, bukannya sesibuk hospital besar. Pendek kata, aku inginkan layanan yang 'first class' punyer... Untuk kali ini aku terpaksa bermalam di hospital. Doktor memasukkan air ke dalam badan bersama antibiotik kerana air ketunban ku telah pecah.Takut ada jangkitan katanya.Tapi aku belum merasa sakit lagi. Keesokkan harinya baru aku merasa sakit sedikit. Setelah beberapa minit menahan sakit dan mundar mandir depan bilik jururawat, baru aku memaklumkan jururawat yang bertugas. Pemeriksaan dibuat, dan sahlah aku sudah nak beranak. Yang lucunya masa aku nak beranak, bukan aku yang menjerit, tapi jururawat. mana tidaknya, tali pusat telah membelit leher anak ku. Aku diminta bertahan dan jangan meneran. Macamana aku nak tahan. Anak dah nak menjenguk dunia. Masa itu, Kepala baby aku memang dah keluar pun. Setelah berusaha menahan diri, akhirnya jururawat berjaya memotong tali pusat yang membelit leher anak ku. Maka lahirlah seorang lagi hero bidayuh terakhir bernama Mark Xavier. Mestilah aku happygiler. Aku terus memaklumkan suamiku yang sudah dua hari makan tak kenyang, mandi tak basah hinggakan bermacam-macam petua orang tua telah diusahakan untuk memudahkan aku melahirkan anak. Yang kedua....of courselah boos aku yang baik hati tu. Sebab apa aku cakap dia baik hati? Sebab sepanjang aku mengandung selalu sangat dia berikan barang makan dan bertanyakan aku ok kah setiap hari. Memang dia baik lah. Lelaki Kadazan terakhir. Sekarang ini kalau aku melihat keputihan kulit anak aku yang ketiga , mesti aku teringat dekat boos aku, sebab dia pun putih. barangkali kena angin kata orang tua. Ha..ha...Hai boos! bila nak kawin? ( Kalau terbaca lah...)
Tiga orang zuriat penyambung generasi kami kelak telah selamat aku lahirkan. Malah aku amat-amat bersyukur. Betul lah kata orang, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Walaupun suamiku telah hilang pekerjaan kerana kemalangan itu, namun aku bahagia kerana anak-anak ku terjaga dan mempunyai seorang 'Papak' ( nama panggilan dari anak-anak) yang sangat penyayang. Boleh aku katakan selama lapan jam aku tiada di rumah, dialah yang menguruskan segalanya. Aku tidak perlu risaukan keselamatan anak- anak ku kerana aku tahu "Papak" mereka ada di rumah bersama. Dan yang paling best nya, sebut saja nak makan apa, mesti dia masak. walaupun suami aku tidaklah sehandsome SRK, tapi aku rasa dialah yang paling handsome dan akulah isteri yang paling bertuah di dunia. Dan...walaupun anak-anak selalu mentensionkan aku, namun aku rasa aku jugalah ibu yang paling bahagia. Aku cuma berharap dan memohon kepada tuhan semoga kami semua akan terus bahagia kini dan selamanya. Amen.
No comments:
Post a Comment