Monday, 13 June 2011

Sahabat ketika perlu


setiapkali perkataan itu hadir
aku terbayangkankan sahabat lama
sahabat yang aku sendiri kekadang tidak faham isi hatinya
sahabat yang aku rasa mesra
tapi..
tidak selalunya sahabat itu sehati sejiwa
kadang-kadang jiwa kita tak sama
ada masa hati engan bersatu
kita manusia biasa
dan aku bukan sempurna
dari ketidaksempurnaan itu
adakala diri terasa umpama boneka
ditarik ke kiri, kirilah aku
ditolak ke kanan, kananlah aku
andainya kaca, sudah lama aku hancur
tapi tak apa sebab aku tahu...
aku sahabat ketika gembira
aku menyepi ketika duka
hilang entah ke mana
bukan aku sengaja..
tapi aku tiada daya
sahabatku...
kau perlu faham situasi aku
mana mungkin aku dapat berkongsi segalanya denganmu
sedarlah, aku punya kedukaan ku sendiri
aku bukannya hipokrit!
aku juga bercelaru
telingaku mendengar, mataku melihat
nak ku hulurkan tangan
ada batas yang memisahkan
bangkitlah sahabatku...
fahamilah!
aku mahu sahabat umpama saudara
bukannya sahabat yang sentiasa mencari kesilapan aku
aku rimas diperlakukan olehmu
dan disebabkan ini...
lebih baik aku menyepi
untuk memberimu ruang dan waktu
untuk berfikir akan kesilapan dan keegoanmu
dan bila kau telah sedar dan perlukan aku
carilah....
aku ada di sini

No comments:

Post a Comment