Dahinya berkerut melihat sejambangan bunga di atas meja. Ah....persetan dengan bunga-bunga itu. nama pengirimnya pun tak ada. bush! tong sampah menerima habuannya. " Hei...Mira, sayang lah. tak nak bagilah I." cepat-cepat si lembut mengeluarkan bunga itu dari tong sampah dan membawa ke mejanya." huh! mahal tau bunga ni. kalau harap nak beli sendiri, tahun depan belum tentu lagi." "Dah...jangan nak membebel macam mak nenek. kalau dah ambil tu diam-diam sudah lah,tension aku! Lain kali kalau ada orang datang bawa bunga, suruh dia balik. aku tak ada masa! Aku dah bosan! faham?" suasana sepi seketika. trit...trit...intercom berbunyi. "Yes boos." ' Mira masuk bilik I sekejap." "Ok boos." dengan pantas dia menuju ke bilik boos. Mukanya terjengul dekat pintu. " Masuk." "ada apa?" kalau ye pun, duduk lah dulu. macamlah tak biasa dengan I. well...apahal yang kecoh-kecoh dekat luar sampai I boleh dengar ." " Mmm...tak ada apa-apa." " Pasal bunga?" Mira terkejut. Macamana Bart boleh tau. ' Tak boleh ke I nak bagi bunga dekat Secretary I untuk happy happykan hati dia?" " Sorrylah Bart, I ingatkan orang lain. I..." " Ya..a I know, u dah buang pun kan? Next time tanya dulu. So! macamana sekarang. Sudah settle u punya problem. yalah kan, sudah 1 bulan I tak ada kat office ni." Mira tunduk membisu. Dan beberapa ketika, " Tak akan selesai Bart... sampai bila-bila." " lain macam saja u ni." " Tak apalah, tak payah i ceritakan. Nanti kalau dah tiba masa, u tau juga. Kalau tak ada apa-apa. I nak keluar dulu." Bart memerhati sahaja lagak wanita yang baru frust menonggeng itu.
Selepas pemeriksaan, dia cepat-cepat keluar. Dia sudah agak, keputusan itulah yang dia akan terima. ' awak disahkan mengandung. Kalau ikut kiraan, masuk sebulan lebih. Awak perlu mendaftar secepat yang mungkin. jangan sampai lebih tiga bulan." darahnya terasa kering seketika. sial! Lelaki itu memang sial. selepas tinggalkan benih haramnya, dia menghilangkan diri. Tak guna! Mira menangis menyesali nasib diri. Sekarang dia nak buat apa. memang sudah terbukti rahimnya telah menyimpan zuriat si lelaki keparat. Pada siapa ingin mengadu. Apa dia nak buat sekarang ini. kalau orang tua dia tahu, mana mereka nak letakkan muka. Ikram!!!!! Tanpa disedari, ada yang sedang memerhati dari jauh. setelah Mira hilang dari pandangan, dia menuju ke depan klinik untuk mengutip sehelai kertas yang tercicir dan dia agak terkejut dengan apa yang dibaca. Ujian air kencing. Nama pesakit, Mira Arvina. Keputusan.....positif. "Oh my Godness..." dia menyimpan kemas kertas tersebut di dalam koceknya dan berlalu pergi.
" Good Morning. U dah breakfast? " longlai tak bermaya. " Belum..tak ada selera." " U kena makan tau, nanti sakit. jom I belanja." tangannya ditarik. mahu tak mahu, dia terpaksa ikut juga. Mereka menuju ke sebuah cafe yang terletak berdekatan dengan pejabat. setelah mengambil tempat, Bart terus memesan makanan. " saya nak susu segelas dan teh satu cawan. ' " Makan Cik? " makan...kueh tiaw goreng special dua.' Heavy sangat." " U mesti makan heavy ,Tengok tu pucat semacam. nanti pengsan, saya juga yang susah." Terpaksalah Mira memaksa dirinya makan pagi itu walaupun terasa payah untuk masuk. Bart cuma mendiamkan diri walaupun dia tahu situasi yang sebenarnya. " Macammana, kenyang?" Mira mengangukkan kepala. " Tengahari nanti jangan lupa makan.Nanti I tolong bawakan." " tak payahlah Bart. I boleh jalan sendiri. Tak payanlah nak baik sangat dengan I ni. Tak ada maknanya." " Oh ya....jom balik office. Banyak kerja. " dan petang itu..." Bart, i nak minta cuti boleh?" " Berapa lama u nak? " " dua hari. I nak balik kampung. Parent I suruh balik. Ada hal penting." Bart tersenyum. " Penting...ok lah. "dia mengenyitkan mata.
Malam itu selepas makan malam, Mira bertanyakan hal penting yang dimaksudkan. " macam ini, hari tu kawan daddy ada datang ke rumah bawa niat. Dia nak jodohkan anaknya dengan Mira. itu pun atas permintaan anak dia juga. katanya dia kenal Mira." Kepalanya terasa berpusing-pusing. Bagaimana mungkin dengan keadaannya sekarang. " Jadi...bagaimana? Mira terima sajalah. lagipun papa tahu dia orang baik-baik. Dia punya anak kerja besar. " " Mira tak boleh daddy..." " Kenapa." Diam..." Daddy dia berharap sangat. Lagipun daddy pun sudah setuju sebenarnya. Tunggu persetujuan Mira saja." " bagi Mira peluang untuk jumpa dia dulu daddy.Biar kita berkenalan dulu." Itu sahaja alasan yang dia dapat beri. Fikirannya buntu. Takut, bimbang,malu. Semuanya bercampur aduk. Kepalanya ligat berpusing mencari idea bagaimana untuk menolak tanpa melukakan hati semua pihak.Bagaimana.....
Keesokkan harinya mereka sekeluarga menerima tetamu. Tetamu di waktu senja. dadanya terasa sesak kerana dia kenal sangat dengan tetamu itu. Bart! " inilah anak kawan daddy." Mira terkedu. Lidahnya kelu untuk berbicara. Dia tidak menyangka sama sekali orang itu adalah Bart yang dia kenali sejak kecil lagi. " Kenal kan...daddy rasa tak perlu kenal-kenal lagi. No excuses ok! " Mira berlari ke dapur disusuli oleh Bart. Air matanya bagai dicurah-curah. Siapalah dia...kelapa yang telah ditebuk tupai! Bahunya dipegang lembut dari belakang. " Mira tak suka? " Diam lagi. hanya tangisan demi tangisan. " Kalau tak suka, I tak paksa. Terpulang." " Bukan I tak suka, tapi...." Bart memegang kedua belah pipinya. " Tapi, u rasa tak layak kan? I serius ok. I memang dah lama suka kat u tapi u tak diberi peluang. Pasal masaalah itu, u tak perlu risau. i dah tahu." Dia mengeluarkan sekeping kertas dari kocek seluarnya. " I tak kisah Mira. I sudah bersedia untuk menjadi papa buat anak itu.' " Tapi kenapa Bart? " " Kenapa...senang saja. Because I love U." Dia memeluk Mira dan Miralah wanita yang amat bertuah di saat itu.
No comments:
Post a Comment