Huh...aku geram lagi sendirian. Baru berniat untuk mengerjakan benda yang bagus-bagus lalu ada-ada sahaja perintah duniawi yang perlu aku patuhi. Kenapa harus ada benda-benda bodoh ini. Kenapa harus timbul segala peraturan dan perintah yang hanya menimbulkan permasaalahan kepada segolongan pihak seperti aku. Sudah tidak cukupkan ajaran dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan atau manusia ni tak reti-reti nak bersyukur.
Kalau sudah datangnya dari manusia itu sendiri, memang akan ada masaalah. Memang akan mengucar-kacirkan. Agaknya mereka-mereka itu bangang kot....tak pernah nak fikirkan kebajikkan dan kepayahan orang lain. Rasa diri sendiri dah serba mampu, serba hebat, buatlah sesuka hati. Dasar penindas. Hisap darah orang.Menyampah aku dengan mereka-mereka itu. Mereka yang bakal rebah anytime.....( walaupun aku selalu ingat pesanan Tuhan, jangan doakan benda-benda yang tidak baik untuk sesama sendiri ) tapi aku geram!!!!maka aku rasa aku harus doakan mereka-mereka ini.
Mereka ini sedar tidak, benda-benda semacam inilah yang selalu menimbulkan huru-hara sesama manusia. Sebab ada saja yang menindas. Ada sahaja yang mencipta peraturan sendiri tanpa mendengar dan meminta pendapat orang lain. main arah sahaja. Dan yang paling menjengkilkan ialah, ada di antaranya adalah mereka yang pernah menggunakan khidmat dan keringat aku untuk kebaikkan diri dia sendiri. Pui!!! dasar tak kenang budi.
Tak payahlah nak angkat-angkat aku, tak perlulah nak bodek-bodek apatah lagi nak bagi ganjaran pada aku sebab aku tahu apa yang aku lakukan adalah dari hati aku yang penuh ikhlas.Aku tak perlu semua itu. Cukuplah mereka tahu yang aku menyampah dengan gaya nereka yang penuh dengan kepura-puraan itu.Yang paling penting, jangan hisap darah aku dan jangan pandang rendah akan aku. Harus diingatkan, aku tidak akan tunduk dengan perintah dan arahan manusia kalau aku tidak setuju ! sebab aku ada pendirian aku sendiri.
No comments:
Post a Comment