Tuesday, 21 February 2012

Ku punya hati (I)

          " Perempuan gila! orang nak tolong pun bising-bising...." Tony menghempas beg ke atas meja. Geram betul denggan angin Ju yang tah apa-apa. Bukannya ada niat nak ganggu ke ape. kalau nama dah gila tu, gila lah jugak. Ju berlalu keluar dari kelas diiringi oleh senyuman dari beberapa pelajar lelaki yang lain. Tony hanya memandang dengan penuh geram. " Relax la Bro....apahal marah-marah dengan orang perempuan pulak. Tak handsome lah macam tu?" Aley memujuk. " Adoh...mana tak geram, aku panggil dia bukan nya apa, konon nak selamatkan dia. Tu tak! aku lagi kena herdik.Ish....".  Aley mengerutkan dahi. Tak faham lansung. "Nak selamatkan dia?'...apa maksud kawannya yang sebenar. " Heh...blur? tak payah nak blur...." " Habis tu? " "Budak perempuan bodoh tu?...Ah.... malas lah aku nak cerita. Baik kita balik." " Eh! aku on saja...Jom lah."
          Dalam perjalanan menuju ke pintu pagar sekolah kelihatan beberapa budak perempuan mengerumuni Julie. Kelihatan mukanya mengelabah semacam. Dengan selamba Tony melintas di hadapan. Padan muka. Sombong lagi.Ingat dia tu bagus sangat ke...Ha..ha..ha...Beberapa minit selepas itu, seorang demi seorang temannya berlalu pergi. Ju kelihatan gelisah. " Ala....macamana ni...." dia bersunggut sendiri. Dengan gaya seorang hero Tony melangkah menuju ke arahnya dah terus menarik beg Julie. Dengan pantas beg galasnya sendiri diberi dengan 'Perempuan Bodoh' itu. " Dah! kau pakai beg aku. Esok aku ambil balik.Lain kali jangan bodoh sombong." Dia tunduk..."Sorry..." itu sahaja yang dia mampu katakan.Dapat jugalah dia balik.
         " Lambat hari ni Jue....ada kelas tambahan ke?" " Tak lah Mak Piah, ada masaalah sikit tadi." Mak Piah pembantu rumah memandang dengan curiga. Tangannya menunjuk ke arah beg. " Tu beg sapa tu? " " Emm....beg kawan."" Apasal bawa beg kawan pulak dah?" " Tak...sebenarnya Ju period. Tembus kat kain ni ha... Kawan bagi pinjam beg dia sebab tali dia panjang. Dapat pakai tutup belakang Ju"." Oooo.......Kawan laki ke kawan perempuan. Nampak macam beg lelaki je?" " Kawan perempuan lah Mak Piah....""yeak! Kalau perempuan, pakai beg lelaki...tomboy lah tu kan?" Angguk sahaja." Dah..dah..naik mandi. Pengotor!"
           " Wah.....senyum meleret kawan aku ni. Ni mesti ada apa-apa kan..." " tak adalah Cil...cuma terkenangkan cerita zaman-zaman sekolah dulu. " Mesti cerita baik punya kan. Kalau tak, takkan sampai tersenyum panjang." Senyum. " Tengok...senyum lagi"." Tak adalah...cuma kesian kat 'boy' seorang tu, selalu nak buat baik kat aku, tapi aku selalu salah faham". " Habis tu, tiba-tiba teringat kat dia tu kenapa? Ha....rindu ye...". " Tak jugak. Teringat jer.....sebab kalau ikutkan kata Puan Norma, boss baru aku nama dia sama dengan nama 'boy' tu. Tu lah yang buat aku teringat"." kalau betul-betul dia macamana?" " Tak mungkin lah. Dia dah lama ikut parents dia ke US. Takkan lah". " Tak cuba-cuba cari dalam FB?" " Buat apa....nothing speacial pun.Dah lah...aku nak kemas meja boss baru aku. Takut-takut nanti dia datang pulak."" Ok lah boss kecik....aku keluar dulu k.." Kawan sepejabat yang dikenali sejak 6 tahun itu melambai-lambai sambil berlalu pergi.
           Jam dinding menunjukkan pukul sembilan pagi. Kedengaran dari jauh bunyi kasut tumit tinggi Puan Norma. Semakin lama semakin hampir dengan biliknya.Tok!tok!tok! pintu bilik diketuk.Pintu terbuka. Kelihatan Puan Norma bersama seorang lelaki berpewatakkan Pan Asian di sebelahnya. Julie berdiri. " Selamat pagi Puan!" " Selamat pagu Julie. Ini I bawakan Boss baru you. Tony, inilah setiausaha u". Mereka saling berjabat tangan. Diam...." kalau ada apa-apa, tanyalah dengan Julie. Tahulah dia macamana nak settle. Ok. I keluar dulu." " Ok Norma, thanks. Boss baru tersenyum simpul. " Well....dia mengangkat bahu." Julie tak faham. Masih terpinga-pinga. "Ha..ha..ha...what's wrong with you my dear? Macamana I nak duduk kalau u tak bangun dari kerusi I..." " Opps...sorry Boss. Silakan." Malunya....Muka terasa tebal seinci. Gedap-gedup jantungnya. Mana tidak. Ingatkan boss baru tu orang tua. Rupa-rupanya....Aduh...dah lah handsome giler..." Hai...dari dulu sampai sekarang, masih tetap bodoh you ni.." Dia bercakap sendiri dengan perlahan. " Yes Boss... Boos cakap dengan saya ke?" " Oh! tak..I tengah menyanyi." Merah padan muka Julie.
" Emm....kalau tak ada apa-apa, boleh saya keluar sekarang? " " Sure.Sebelum tu, boleh buatkan saya teh?" " Ok" Tidak lama selepas itu...." Boss, ini tehnya. " " Ok" Opps...kenapa letak susu. I tak minum susu lah. I minum teh kosong." " Sorry Boss, lupa nak tanya.Tak apalah, biar saya tukar." " Tak payah.....u punya pasal I minum. Next time jangan simpan susu." Dia mengangguk. Lelaki itu bangun. " Ok I nak ke bilik Norma sekejap. Dia melangkah beberapa tapak dan berhenti." Oh Ya...siapa nama u tadi?" " Julie Boss." " Julie Freddy? " Terkejut. " Darimana Boss tahu nama penuh saya?" Dia ketawa sambil memegang dagu setiausahanya yang seakan tunggul kayu pada masa itu " Well darling...lain kali jangan bodoh sombong...." Dia cepat-cepat keluar pintu. " What!" Julie berlari mengejar dari belakang. langkahnya terhenti bila Boss baru menoleh ke belakang. Keningnya sengaja diangkat tinggi. " Why? Tak kenal I lagi?Rindu kat I? Nak peluk? " " Tony......" " Yup.....it's me " Julie ketawa sendiri. " Tonight I nak bawa you Dinner ok. Perempuan gila!" dia berlalu pergi. Mira terkedu sendiri tanpa menyedari ada sepasang mata yang mengintai dari kamar sebelah dengan seribu persoalan.

No comments:

Post a Comment