Tuesday, 21 February 2012

Ku punya hati (I)

          " Perempuan gila! orang nak tolong pun bising-bising...." Tony menghempas beg ke atas meja. Geram betul denggan angin Ju yang tah apa-apa. Bukannya ada niat nak ganggu ke ape. kalau nama dah gila tu, gila lah jugak. Ju berlalu keluar dari kelas diiringi oleh senyuman dari beberapa pelajar lelaki yang lain. Tony hanya memandang dengan penuh geram. " Relax la Bro....apahal marah-marah dengan orang perempuan pulak. Tak handsome lah macam tu?" Aley memujuk. " Adoh...mana tak geram, aku panggil dia bukan nya apa, konon nak selamatkan dia. Tu tak! aku lagi kena herdik.Ish....".  Aley mengerutkan dahi. Tak faham lansung. "Nak selamatkan dia?'...apa maksud kawannya yang sebenar. " Heh...blur? tak payah nak blur...." " Habis tu? " "Budak perempuan bodoh tu?...Ah.... malas lah aku nak cerita. Baik kita balik." " Eh! aku on saja...Jom lah."
          Dalam perjalanan menuju ke pintu pagar sekolah kelihatan beberapa budak perempuan mengerumuni Julie. Kelihatan mukanya mengelabah semacam. Dengan selamba Tony melintas di hadapan. Padan muka. Sombong lagi.Ingat dia tu bagus sangat ke...Ha..ha..ha...Beberapa minit selepas itu, seorang demi seorang temannya berlalu pergi. Ju kelihatan gelisah. " Ala....macamana ni...." dia bersunggut sendiri. Dengan gaya seorang hero Tony melangkah menuju ke arahnya dah terus menarik beg Julie. Dengan pantas beg galasnya sendiri diberi dengan 'Perempuan Bodoh' itu. " Dah! kau pakai beg aku. Esok aku ambil balik.Lain kali jangan bodoh sombong." Dia tunduk..."Sorry..." itu sahaja yang dia mampu katakan.Dapat jugalah dia balik.
         " Lambat hari ni Jue....ada kelas tambahan ke?" " Tak lah Mak Piah, ada masaalah sikit tadi." Mak Piah pembantu rumah memandang dengan curiga. Tangannya menunjuk ke arah beg. " Tu beg sapa tu? " " Emm....beg kawan."" Apasal bawa beg kawan pulak dah?" " Tak...sebenarnya Ju period. Tembus kat kain ni ha... Kawan bagi pinjam beg dia sebab tali dia panjang. Dapat pakai tutup belakang Ju"." Oooo.......Kawan laki ke kawan perempuan. Nampak macam beg lelaki je?" " Kawan perempuan lah Mak Piah....""yeak! Kalau perempuan, pakai beg lelaki...tomboy lah tu kan?" Angguk sahaja." Dah..dah..naik mandi. Pengotor!"
           " Wah.....senyum meleret kawan aku ni. Ni mesti ada apa-apa kan..." " tak adalah Cil...cuma terkenangkan cerita zaman-zaman sekolah dulu. " Mesti cerita baik punya kan. Kalau tak, takkan sampai tersenyum panjang." Senyum. " Tengok...senyum lagi"." Tak adalah...cuma kesian kat 'boy' seorang tu, selalu nak buat baik kat aku, tapi aku selalu salah faham". " Habis tu, tiba-tiba teringat kat dia tu kenapa? Ha....rindu ye...". " Tak jugak. Teringat jer.....sebab kalau ikutkan kata Puan Norma, boss baru aku nama dia sama dengan nama 'boy' tu. Tu lah yang buat aku teringat"." kalau betul-betul dia macamana?" " Tak mungkin lah. Dia dah lama ikut parents dia ke US. Takkan lah". " Tak cuba-cuba cari dalam FB?" " Buat apa....nothing speacial pun.Dah lah...aku nak kemas meja boss baru aku. Takut-takut nanti dia datang pulak."" Ok lah boss kecik....aku keluar dulu k.." Kawan sepejabat yang dikenali sejak 6 tahun itu melambai-lambai sambil berlalu pergi.
           Jam dinding menunjukkan pukul sembilan pagi. Kedengaran dari jauh bunyi kasut tumit tinggi Puan Norma. Semakin lama semakin hampir dengan biliknya.Tok!tok!tok! pintu bilik diketuk.Pintu terbuka. Kelihatan Puan Norma bersama seorang lelaki berpewatakkan Pan Asian di sebelahnya. Julie berdiri. " Selamat pagi Puan!" " Selamat pagu Julie. Ini I bawakan Boss baru you. Tony, inilah setiausaha u". Mereka saling berjabat tangan. Diam...." kalau ada apa-apa, tanyalah dengan Julie. Tahulah dia macamana nak settle. Ok. I keluar dulu." " Ok Norma, thanks. Boss baru tersenyum simpul. " Well....dia mengangkat bahu." Julie tak faham. Masih terpinga-pinga. "Ha..ha..ha...what's wrong with you my dear? Macamana I nak duduk kalau u tak bangun dari kerusi I..." " Opps...sorry Boss. Silakan." Malunya....Muka terasa tebal seinci. Gedap-gedup jantungnya. Mana tidak. Ingatkan boss baru tu orang tua. Rupa-rupanya....Aduh...dah lah handsome giler..." Hai...dari dulu sampai sekarang, masih tetap bodoh you ni.." Dia bercakap sendiri dengan perlahan. " Yes Boss... Boos cakap dengan saya ke?" " Oh! tak..I tengah menyanyi." Merah padan muka Julie.
" Emm....kalau tak ada apa-apa, boleh saya keluar sekarang? " " Sure.Sebelum tu, boleh buatkan saya teh?" " Ok" Tidak lama selepas itu...." Boss, ini tehnya. " " Ok" Opps...kenapa letak susu. I tak minum susu lah. I minum teh kosong." " Sorry Boss, lupa nak tanya.Tak apalah, biar saya tukar." " Tak payah.....u punya pasal I minum. Next time jangan simpan susu." Dia mengangguk. Lelaki itu bangun. " Ok I nak ke bilik Norma sekejap. Dia melangkah beberapa tapak dan berhenti." Oh Ya...siapa nama u tadi?" " Julie Boss." " Julie Freddy? " Terkejut. " Darimana Boss tahu nama penuh saya?" Dia ketawa sambil memegang dagu setiausahanya yang seakan tunggul kayu pada masa itu " Well darling...lain kali jangan bodoh sombong...." Dia cepat-cepat keluar pintu. " What!" Julie berlari mengejar dari belakang. langkahnya terhenti bila Boss baru menoleh ke belakang. Keningnya sengaja diangkat tinggi. " Why? Tak kenal I lagi?Rindu kat I? Nak peluk? " " Tony......" " Yup.....it's me " Julie ketawa sendiri. " Tonight I nak bawa you Dinner ok. Perempuan gila!" dia berlalu pergi. Mira terkedu sendiri tanpa menyedari ada sepasang mata yang mengintai dari kamar sebelah dengan seribu persoalan.

Thursday, 12 January 2012

NILAI DIRIKU

         Matanya bundarku menatap lelangit asrama usang yang didiami nya. Bosan yang teramat sangat menghimpit naruli yang kian berkocak. Hati terasa sedih dan sayu. Kepala ligat berfikir walaupun dia tidak tahu harus atau tidak memikirkan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Ahh....sedih. betul kah apa yang difikirkan atau hanya mainan perasaanya sendiri. mainan perasaan yang memang telah sekian lama bertahta di hati mahluk yang bernama manusia sepertinya.
        " Hei! " bahunya ditepuk dari belakang. " dah makan?" pertanyaan sahabat rapatnya lansung tidak berjawap. " Apahal ni kawan? Diam jer...datang bulan ke?" "Hmm...." jawapan yang pendek. " Hei....rilex la....ada masaalah, canangkanlah. Mana lah tahu kawan mu yang setia ini dapat tolong. Tolong dengar pun ok what..." " Tak payah la min...tak ada makna nyer..." " Aik...merajuk ke? " Bukan merajuk. kecik ati ko tahu tak. Kecik sekecik-keciknyer." " Apesal pulak " Yasmin menarik kerusi rapat-rapat ke depan temannya itu. " Cakap lah! " Dia mencubit paha Rose. " tak lah....sebenarnya kekadang aku terasa macam aku ni selalu dipinggirkan..." " Pulak! Oleh sapa? takkan aku kot..." " tah lah. Mungkin perasaan aku saja kot. Tapi sesekali aku rasa macam diri aku selalu jadi pilihan yang terakhir. kekadang tak termasuk pun dalam golongan korang. Aku rasa macam tak penting pun. " " weiii! wei!!!! ko jangan lah sensitif pulak Rose." " Habis tu.....tak ke kecik hati aku kalau banyak benda yang korang tahu, aku tak tahu. banyak benda yang korang buat lansung tak bertanya atau bagitahu aku. Adil ke tu? aku tahu lah aku tak lah sehebat korang pun. Tapi at least kasi lah aku tahu ke....tanya ke...." Suasana sunyi seketika. masing-masing melayan perasaan. " Any way...tak apalah Min.....aku tak marah pun. Yalah...cuma rasa terasing. " Sunyi kembali.
            Beberapa hari kemudian......" Rose, Puan Nita nak jumpa."" ok. thanks Din." Rose melangkah menuju ke bilik Pensyarah. Pintu diketuk dan kelihatan Puan Nita sedang berehat sambil menyuapkan roti ke mulut nya." Puan." " Ha....Rose. Tepat pada masanya. Ni ha....bulan depan kita akan mengadakan persembahan sempena hari belia. Jadi saya nak minta tolong lah kalau dapat."" Tolong apa Puan?" " Hmm........saya difahamkan kamu ada bakat terpendam. Jadi nak minta kamu join lah nanti."" Tapi saya tak lah..."" Hah..alasan lah tu. Tak payah nak sorok-sorok lah Lin. Saya dah terlihat kamu menari di dalam dewan sorang-sorang hari tu." Jerry mencelah." So....saya nak kamu berpasangan dengan Jerry untuk persembahan tu. Tak ada tapi'tapi ok." Jerry tersenyum sambil mengenyitkan mata. Hati Rose berdegup kencang. Jerry....siapa tak kenal dia. Penari kolej yang hebat dan digilai ramai. " So...esok boleh datang ke dewan?" angguk. Ok kamu berdua boleh keluar. Terima kasih. Cepat-cepat dia keluar. Jantungnya bagai nak luruh. " Rose..." berhenti. " I like your body languange. Gerak gaya  wanita idaman. Dia berlalu pantas. Rasa nak pitam. Oh my god......terasa dirinya begitu bernilai. Takkan merajuk lagi.  

Thursday, 25 August 2011

Manusia punya perintah.

                 Huh...aku geram lagi sendirian. Baru berniat untuk mengerjakan benda yang bagus-bagus lalu ada-ada sahaja perintah duniawi yang perlu aku patuhi. Kenapa harus ada benda-benda bodoh ini. Kenapa harus timbul segala peraturan dan perintah yang hanya menimbulkan permasaalahan kepada segolongan pihak seperti aku. Sudah tidak cukupkan ajaran dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan atau manusia ni tak reti-reti nak bersyukur.
                  Kalau sudah datangnya dari manusia itu sendiri, memang akan ada masaalah. Memang akan mengucar-kacirkan. Agaknya mereka-mereka itu bangang kot....tak pernah nak fikirkan kebajikkan dan kepayahan orang lain. Rasa diri sendiri dah serba mampu, serba hebat, buatlah sesuka hati. Dasar penindas. Hisap darah orang.Menyampah aku dengan mereka-mereka itu. Mereka yang bakal rebah anytime.....( walaupun aku selalu ingat pesanan Tuhan, jangan doakan benda-benda yang tidak baik untuk sesama sendiri ) tapi aku geram!!!!maka aku rasa aku harus doakan mereka-mereka ini.
                   Mereka ini sedar tidak, benda-benda semacam inilah yang selalu menimbulkan huru-hara sesama manusia. Sebab ada saja yang menindas. Ada sahaja yang mencipta peraturan sendiri tanpa mendengar dan meminta pendapat orang lain. main arah sahaja. Dan yang paling menjengkilkan ialah, ada di antaranya adalah mereka yang pernah menggunakan khidmat dan keringat aku untuk kebaikkan diri dia sendiri. Pui!!! dasar tak kenang budi.
                   Tak payahlah nak angkat-angkat aku, tak perlulah nak bodek-bodek apatah lagi nak bagi ganjaran pada aku sebab aku tahu apa yang aku lakukan adalah dari hati aku yang penuh ikhlas.Aku tak perlu semua itu. Cukuplah mereka tahu yang aku menyampah dengan gaya nereka yang penuh dengan kepura-puraan itu.Yang paling penting, jangan hisap darah aku dan jangan pandang rendah akan aku. Harus diingatkan, aku tidak akan tunduk dengan perintah dan arahan manusia kalau aku tidak setuju ! sebab aku ada pendirian aku sendiri.